assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Wednesday, April 11, 2012

Keindahan Ciptaan Tuhan..Tasik Temengor, Perak (PART 2)



Entri sebelum ini penulis bercerita mengenai perjalanan penulis ke Pulau Pendidikan, Hulu Perak iaitu sebuah pulau buatan manusia di Tasik Temengor, Gerik Perak dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih daripada 6 jam!. Rujuk entri sebelum ini, Keindahan Ciptaan Tuhan...Tasik Temengor, Perak (PART 1) Perjalanan daripada pagi hinggalah ke petang memanglah memenatkan dengan menghabiskan waktu dengan rehat dan tidur di dalam bas. Jika sebelum ini, Pulau Banding yang juga pulau pelancongan terkenal sebagai cadangan untuk kem pembentukan JKM KSJ, di tukar kepada Pulau Pendidikan, Hulu Perak. Sebenarnya Pulau Banding berdekatan dengan Pulau Pendidikan di kelilingi air Tasik Temengor.

                                               Menuju ke Pulau Pendidikan

Menurut cerita, pulau-pulau yang ada di Tasik Temengor ialah pulau buatan yang terhasil daripada air yang di empang dan pulau-pulau ini juga merupakan puncak-puncak yang ada di banjaran Titiwangsa. Tidak hairanlah kedalaman air sangatlah dalam berkaki-kaki dalamnya. Sepanjang perjalanan kami menuju ke Empangan Temengor, konvoi kami sentiasa mendaki bukit, sebenarnya kami sedang mendaki antara puncak banjaran Titiwangsa. Kami di beritahu, tasik ini mengambil masa lebih kurang 15-20 tahun untuk penuh seperti sekarang. Cuba anda bayangkan jika empangan ini pecah?seluruh pekan Gerik akan menerima malapetaka.

Ekpedisi ke Pulau Pendidikan

Selain itu,menurut cerita penduduk veteran di sini, empangan Temengor ini di bina untuk  menghalau komunis-komunis yang bersembunyi di Hutan Banjaran Titiwangsa sekitar Gerik. (penulis masih mencari sumber kesahihannya). Tidak hairanlah, kami di larang menangkap gambar di atas empangan Temengor iaitu di Pengkalan Trojen kerana ianya adalah rahsia kerajaan. Di sana, ada menempatkan Pondok polis Pengkalan Trojen menjaga ketenteraman di sekitar empangan Temengor.

                                                 Penulis sempat bergambar di atas bot

Ekspedisi bersambung, kami menaiki bot menuju ke pulau Pendidikan. Pulau Pendidikan ialah milik Kementerian Pelajaran Negeri Perak. Tempat ini di jadikan sebagai tempat menguji ketahanan fizikal dan di jadikan tapak program anjuran Kementerian Pelajaran. Sampai sahaja di pulau Pendidikan, terlihat Flying Fox  dan lain-lain yang menunjukkan tempat ini memang menarik. Kami menginap di dalam sebuah dorm untuk peserta dan fasilitator. Manakala keluarga pensyarah dan juga felo (warden) menginap di chalet di dalam kawasan yang sama. Bekalan Elektrik di sini menggunakan generator sahaja, dan selepas pukul 12 malam, bekalan elektrik akan di putuskan, seluruh pulau akan menjadi gelap gelita.

                                              Critical thinking in teamwork

Hari Pertama

Tidak ada aktiviti luar yang dapat di jalankan kerana kami sampai di Pulau Pendidikan sudah hampir waktu Maghrib. Malam itu selepas makan malam dan juga solat maghrib (jama’ ta’dir), ucapan kata-kata aluan oleh pengetua kolej dan peserta di bahagi-bahagikan dalam kumpulan. Penulis rasa pengisiannya banyak pada malam itu dan sepanjang program, dengan pengisian kerohanian setiap selepas solat berjemaah oleh ustaz dan pengisian kepimpinan.   

                                                   Pengisian kerohanian

Hari Kedua

Tujuan program ini di adakan ialah untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan peserta dan pemilihan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) yang baru. Pagi-pagi lagi, aktiviti di mulakan dengan senaman sebelum bersarapan.

                                             Sorang tunjuk 'peace', sorang lagi tengah tulis nak buat apa

Selepas itu, peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan besar untuk aktiviti luar iaitu Mini USR kampung Orang Asli  dan Jungle Trekking. Kumpulan pertama akan melakukan Mini USR di waktu pagi dan Jungle trekking. Manakala kumpulan kedua akan melakukan Jungle Trekking di waktu pagi dan Mini USR di waktu petang . Penulis dan 2 orang lagi sahabat penulis menjadi fasilitator di dalam kumpulan pertama.

i)                    Mini University Social Responsibility (USR) Perkampungan Orang Asli, Pulau Chueh

Kami bersiap sedia untuk menaiki bot menuju ke Perkampungan Orang Asli di Pulau Chueh. Perjalanan mengambil masa  lebih kurang 40 minit dari Pulau Pendidikan sementara kumpulan kedua memulakan aktiviti jungle trekking ke Pulau Bomba. Sepanjang perjalanan terlihat banyak pulau-pulau kecil yang di jadikan pulau milik persendirian.

Setibanya kami di Perkampungan Orang Asli, Pulau Chueh, kami di sambut oleh tok batin dan penduduk kampung. Peserta di berikan tugas untuk menjalankan apa-apa aktiviti kemasyarakatan di sini, antaranya memberikan sumbangan berupa sekotak limau mandarin kepada kanak-kanak di situ dan menanyakan segala permasalahan yang berlaku di sana. Selain itu, penduduk orang asli di sana di berikan pendedahan mengenai dunia luar. Penduduk di sana juga tidak melepaskan peluang menjual dan menunjukan hasil hutan yang di jadikan barang hiasan seperti sumpit, cincin belang rotan dan lain-lain kepada kami.

                                                   Dalam perjalanan lawatan ke kg orang asli

                                                 Menghampiri perkampungan Orang Asli, Pulau Chueh

                                             Sekitar perkampungan Orang Asli

                                                Mini USR @ kg Orang Asli Pulau Chueh

                                             Mengedarkan sumbangan

                                                Melawat sekitar kg Orang Asli

                                              Beramah mesra dengan kanak-kanak                                           

Intipati dalam aktiviti ini ialah peserta di beri pendedahan cara untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan menanamkan semangat membantu dan tolong menolong dalam masyarakat. Di dalam setiap apa yang di lakukan oleh peserta di nilai oleh fasislitator dan felo untuk di pilih menjadi kepimpinan tertinggi di dalam Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM). Waktu tengahari kami meninggalkan Pulau Chueh pulang ke Pulau Pendidikan sebelum melakukan aktiviti jungle trekking pada waktu petang

Sebelum sampai di Pulau Pendidikan, hasrat kami untuk melihat sendiri bunga Refflesia di dalam sebuah pulau bertukar hampa setelah bunga Refflesia tidak ada pada masa itu. Setibanya kami di Pulau Pendidikan, kumpulan kedua sudah pun menghabiskan aktiviti Jungle Trekking lebih awal.

ii)                   Jungle Trekking ke Pulau Bomba

Setelah makan tengahari dan solat zohor secara berjemaah, kami meneruskan agenda kem pembentukan JKM kali ini dengan aktiviti seterusnya. Kumpulan pertama melakukan aktiviti Jungle Trekking dan kumpulan kedua melakukan aktiviti Mini USR seperti kumpulan pertama sebelum ini. Peserta di beri tugas menjaga alam sekitar dengan sepanjang perjalanan pergi dan balik dengan memungut sampah sarap.

Aktiviti jungle trekking di mulakan dengan bacaan doa dan sedikit taklimat oleh pemandu aktiviti. Pada mulanya laluan trekking biasa dan semakin mencabar. Dengan bukit yang tinggi didaki kami. Banyak pokok-pokok hutan yang terdapat di sepanjang perjalanan kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk pergi sahaja dengan berjalan kaki.

                                               Macam Najwa Latif tak saya?hehe..

                                               Melalui lereng-lereng bukit

                                            Tanggungjawab terhadap alam sekitar

Setibanya di Pulau Bomba, kami berehat menikmati keindahan tasik dan hutan. Pulau Bomba di beri nama kerana pihak Bomba sering mengadakan aktiviti di pulau ini untuk aktiviti menyelamat dan lain-lain. Peserta-peserta menjalankan tanggungjawab dengan membersihkan sekitar pulau ini. Tidak kurang pula ada yang mengukir nama UTM di pokok-pokok dan meletakkan ‘signboard’. Kami berehat di pulau Bomba sekitar 40 minit sebelum bergerak pulang ke Pulau Pendidikan (Tapak Program).

                                              Signboard 'tempat kumpul sampah' lagi

                                                 Pulau Bomba, Gerik

                                          Penulis menguap, kena tangkap curi, sedar2 dah kena tag FB

Malam menjelma. Pada malam terakhir di Pulau Pendidikan, peserta di uji lagi dengan kefahaman mengenai kepimpinan dengan cara mengatasi masalah. Semuanya untuk di aplikasikan di dalam organisasi. Motifnya ialah untuk semua peserta saling kenal-mengenal daripada sifat kepimpinan yang terserlah.

Hari Ketiga

Merupakan hari terakhir di Pulau Pendidikan dan hari kemuncak pemilihan kepimpinan JKM. Pagi itu, setiap kumpulan kecil di uji lagi untuk mengenali seluruh peserta di kumpulan lain. Selepas itu, temuduga di adakan oleh Majlis Felo. Semua peserta menunggu giliran di panggil. Pemilihan kepimpinan JKM kali ini menciba sedikit kelainan dengan pemilihan kepimpinan JKM sebelum ini iaitu pada zaman penulis.

                                               Mengasah bakat kepimpinan

                                                 Mengenali sesama peserta dengan lebih mendalam

                                                Bekerja dalam organisasi

Jika sebelum ini, pemilihan JKM di pilih melalui undian rawak oleh semua peserta untuk mengisi sesuatu jawatan di dalam jabatan dan presiden selepas di adakan kursus pembentukan JKM. Pemilihan JKM kali ini di pilih melalui penilaian segala aktiviti yang di adakan dan seterusnya peserta di temuduga.  

Bertolak Pulang

                                                 Fasilitator Kem Pembentukan JKM

                                        Sempat bergambar sebelum pulang (Penulis pakai jaket coklat muda)

Kami bertolak pulang selepas majlis penutup dan kepimpinan JKM yang baru di umumkan dan di lantik, pada masa itu, penulis sudah pun menjadi mantan kepimpinan JKM.…..Kami meninggalkan Pulau Pendidikan di Tasik Temengor, Gerik Perak dengan 1001 kenangan……

                                                 Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur



Note: Penulis merupakan mantan Pengerusi Jabatan Keusahawanan dan Koperasi, JKMKSJ (2010-2011) dan mantan Timbalan Ketua Blok B, JKMKSJ (2009-2010).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan