assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, November 7, 2011

BUANG BAYI LAGI!!!! Bayi Di Jumpai Di Kebun Kelapa Sawit





-BUANG BAYI LAGI!!!Bayi Di Jumpai Di Kebun Kelapa Sawit-



LEDANG – Seorang penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, tidak menyangka bunyi suara seakan anak  kucing yang didengarinya ketika sedang menoreh, akhirnya membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan dalam parit kecil tidak berair  sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya Sagil, Tangkak, di sini, semalam.

Ketika menceritakan detik tersebut, Mohd Shuib berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pada mulanya dia menyangka hanyalah kucing sesat yang berada dalam kebunnya itu.

Menurutnya,  ketika  menoreh  pokok getah yang berhampiran dengan parit tersebut, dia mula berasa hairan kerana suara itu semakin kuat dan jelas.

Tanpa rasa ragu saya  segera ke arah parit itu  dan terkejut mendapati seorang bayi perempuan dalam keadaan berbogel serta bertali pusat sedang menangis.

Saya tidak menyangka, suara seakan kucing ini ada tangisan seorang bayi yang kesejukan dan kelaparan,”katanya.

Dalam keadaan terkejut dia segera memanggil isterinya Radziah Marwi, 46, yang ketika itu sama membantunya menoreh di kebun berkenaan.

Lantas, Mohd Shuib memanggil rakan-rakan untuk membantunya dengan mengambil kain batik di rumah penduduk berhampiran untuk  menyelamatkan bayi malang itu.

Kemudian, kami membawa  bayi malang ini ke rumah penduduk berhampiran yang terletak kira-kira 100 meter daripada lokasi penemuan bayi itu.

Kami balut bayi yang kesejukkan ini  dengan kain batik serta  berikan  sedikit susu sehingga bayi ini tertidur sementara menunggu di bawa ke hospital,”katanya.

Selain itu, kami turut menjumpai dua kesan tompokan darah di dalam kebun tersebut pada jarak kurang 50 meter tempat bayi itu dijumpai.

Sementara itu, Pemangku  Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika ditemui berkata, a
nggota polis di Balai Polis Sagil menerima panggilan telefon daripada Ketua Kampung tersebut, Supaat Wagimin yang memaklumkan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi berkenaan dalam keadaan sihat tetapi kelihatan sedikit keletihan.
“Kami percaya bayi ini dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai penoreh getah berkenaan.

 “
Bayi ini dalam keadaan sihat dan sempurna yang kemudiannya  dihantar ke Hospital Tangkak serta ditempatkan dalam wad kank-kanak untuk pemeriksaan  lanjut,”katanya.
Pada masa yang sama, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu  yang bertanggungjawab membuang bayi itu.


Ujian  asid deoksiribonukleik (DNA) turut akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti  ibu bapanya bayi berkenaan.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut  supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di 06-9781222 bagi membantu siasatan,”katanya.
Katanya lagi, kes  disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Credit to: Sinar Harian (Edisi Johor)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan