assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Wednesday, November 23, 2011

3 Persediaan Perkahwinan Yang Perlu Difikirkan





-3 Persediaan Perkahwinan Yang Perlu Difikirkan-


Memutuskan untuk berkahwin adalah merupakan satu perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana perkahwinan adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak. Anda seharusnya melakukan persediaan yang cukup sebelum menempuhi gerbang perkahwinan. Antara persediaan utama yang perlu difikirkan adalah..

(1) Kewangan- Mungkin ramai yang bersetuju bahawa kewangan tidak mampu membeli kebahagiaan. Ia sememangnya tepat, tetapi kepentingan wang didalam perhubungan tidak boleh dinafikan. Anda seharusnya sudah mempunyai perancangan kewangan sebelum menempuh alam perkahwinan. Persediaan ini amat penting untuk mengelakkan anda daripada mempunyai krisis kewangan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.

(2) Mental dan fizikal- Anda harus mempunyai persedian mental dan fizikal yang cukup sebelum menempuhi alam perkahwinan. Ini adalah kerana kehidupan kekeluargaan adalah satu perkara yang mencabar. Apabila anda melakukan sesuatu, anda tidak boleh memikirkan mengenai diri anda sahaja, sebaliknya anda perlu turut memikirkan mengenai ahli keluarga yang lain. Ia juga bermakna tanggungjawab anda semakin bertambah.

(3) Perancangan selepas berkahwin- Sebelum perkahwinan, anda sudah perlu anda perancangan untuk apa yang perlu dilakukan apabila anda sudah berkahwin. Persediaan ini adalah untuk mengelakkan daripada objektif perkahwinan tersasar. Sebagai contoh, mungkin anda merancang selepas berkahwin anda perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga atau sebagainya.


Credit to: Up To Mu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan